Sila baca F.A.Q ini dahulu

Pendaftaran sebagai penjual di KuehMueh.com adalah percuma!

Sesiapa sahaja terutama peniaga-peniaga dari rumah (home based), kami ingin membantu menyediakan platform yang mudah dengan menghubungkan servis penghantaran secara automatik. Pre-Order Minimum adalah satu (1) hari.

Anda menjual tepi jalan? Foodtruck? Restoran malahan Caterer dialu-alukan mendaftar. 

Tidak semestinya! Kami juga menyediakan pelbagai kategori makanan yang lain. Sila rujuk soalan berkaitan kategori makanan di bahagian lain-lain soalan.

Semua akaun penjual baru diaktifkan secara manual oleh pihak Admin. Jangkaan masa untuk aktif adalah dari 5 minit ke 30 minit.

KuehMueh.com hanya menggunakan Servis penghantaran daripada MrSpeedy.

KuehMueh.com hanya mengambil 15% daripada jumlah jualan bagi satu transaksi untuk menanggung segala kos pengurusan dan teknikal termasuk kos payment gateway!

KuehMueh.com mencadangkan jarak penghantaran di dalam anggaran 1 hingga 10 kilometer. Penjual boleh menentukan sendiri kawasan dengan meletakkan tag nama tempat yang boleh di servis sebagai contoh: shah alam, klang. Maklumat lanjut di dalam dashboard penjual.

Semua urusan daripada pembelian, tempahan sehinggalah servis penghantaran diuruskan oleh Kueh Mueh.com. Walaubagaimanapun, penjual perlu menghantar (Tracking Number) kepada pelanggan sendiri. Ini dilakukan di dalam dashboard penjual. (Info lanjut di dalam Vendor Dashboard >> Panduan)

Cas yang dikenakan oleh MrSpeedy adalah mengikut kadar semasa yang tertera di laman web atau app mereka. Pihak KuehMueh.com tidak mengambil sebarang komisyen daripada cas penghantaran.

Lain-lain soalan

Di KuehMueh.com, kami fokus untuk membantu perniagaan yang baru bermula secara kecil-kecilan dari rumah. Dengan sistem Pre-Order minimum 1 hari, peniaga baru dapat mengawal stok permulaan dengan lebih baik. Bagi peniaga yang telah lama menjalankan perniagaan, sistem automasi di KuehMueh.com pasti akan dapat membantu mempertingkatkan jualan anda.

Anda boleh menetapkan harga produk anda sendiri walaubagaimanapun untuk satu transaksi, Jumlah minimum pembelian adalah RM10.00

Kuih • Biskut raya • Kudap-kudapan & kerepek • Kek • Sambal • Frozen • Minuman Botol • Nasi • Mi & Pasta • Roti • Burger • Lauk pauk • Western • Bubur

(Sekiranya tiada kategori berkaitan, boleh minta pihak Admin untuk penambahan)

Produk-produk makanan anda perlu dibungkus dengan kemas menggunakan bekas yang tidak bocor dan mudah untuk proses penghantaran.

Anda boleh memohon pengeluaran wang hasil jualan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun, pihak KuehMueh.com hanya membuat pindahan wang pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

KuehMueh.com akan aktif di dalam pengiklanan digital. Walaubagaimanapun, vendor boleh share link ‘Shop’ masing-masing untuk memperkenalkan produk anda kepada database pelanggan sedia ada.

Kami juga peniaga seperti anda! 🙂 Selamat maju jaya kepada semua!